Phobos-bulan yang
tergesa-gesa!
Phobos hanya 9,296km(5,810batu) dari pusat Marikh.Bandingkan dengan
bulan,yang lebih daripada 380,800km(238,000batu)dari pusat bumi.Lebih dekad
sesebuah satelit itu dengan planetnya,lebih pantaslah pergerakan satelit
itu.Bulan mengambil masa hampir empat miggu untuk mengelilingi bumi.Phobos
mengelilingi Marikh dalam masa 7.65jam !Phobos mengelilingi Marikh lebih cepat
daripada pusingan Marikh di atas paksinya! Phobos memotong kelajuan Marikh,jadi
jika kamu berdiri di atas permukaan Marikh,kamu akan dapat melihat Phobos terbit
di barat,melintasi langit dengan tergesa-gesa dan terbenam di timur.
Pengembara ke planet Marikh
Bayangkan betapa kita masih tertanya-tanya tentang Marikh jika tidak kerana
prod-prod luar biasa seperti Meriner dan viking.Namun demikian banyak lagi yang
dapat kita lakukan jika kapal angkasa membawa angkasawan ke marikh.Ini bukanlah
satu tugas yang senang,kerana masa dua tahun diperlukan untuk pergi dan
balik.Setengan orang berpendapat ini adalah satu tugas yang amat berat jika
sebuah negara sahaja yang melaksanakannya.
Barangkali jika Amerika Syarikat dan Russia bekerjasama,satu expedisi gabungan ke marikh dapat dilaksanakan.Mereka boleh menjelajah jiran bermisteri kita itu,dan menkaji kawahnya,terusan,gunung berapi,tukupan ais dan apa sahaja yang mereka temui.Apa yang kita pelajari di sana nanti mungkin dapat membantu kita memahami planet kita sendiri,bumi,dengan lebih jelas lagi.
Pemandangan Marikh dari phobos.Kepada
penjelajah yang berstesen di phobos,
Marikh kelihatan lebih besar dan merah
Petempatan di marikh
Apa lagi yang kita mungkin kita lakukan jika kita boleh menghantar manusia ke
Marikh?Kita boleh bayangkan petempatan di bulan,memandangkan bulan hanya
memerlukan tiga hari perjalanan menggunakan roket dari bumi.jarak marikh lebih
jauh lagi,tetapi dalam sesetengah keadaan ia lebih mudah untuk didiami.Marikh
mempunyai daya tarikan graviti 2/5 daripada graviti bumi,sementara graviti bulan
hanya 1/6 daripada graviti bumi.Marikh mempunyai atmosfera nipis yang sebanyak
sedikit dapat melindungi manusia daripada meteor dan sinaran,sementara bulan
tiada langsung.Marikh mempunyai sedikit air,sedangkan bulan tiada langsung.Kita
boleh membayangkan bandaraya dibina dibawah tanah Marikh,atau mungkin pula
bandaraya yang berbentuk kubah di permukaannya.Dan jika Bulan
diambilkira,manusia mungkin boleh hidup di tiga dunia berlainan.
Menjelajah Marikh
Apakah yang mungkin dilakukan oleh penjelajah angkasa di Marikh?Apabila
sudah ada petempatan tetap diMarikh,kumpulan penjelajah bolehlah keluar
menjelajah.Bayangkan sesetengah mereka memandu kereta yang direka khas di
sempanjang dasar gaung yang jauhnya 4,800km(3,000batu).Bayangkan pula sekumpulan
lagi mendaki gunung berapi yang besar dan mengkaji isi kawah tersebut.Fikirkan
bagaimana para penjelajah ini menyaberagi tukup ais di kawasan kutub-kutub
Marikh.Kita tahu bahawa tukup ais itu mengandungi karbon dioksida beku,dan juga
air yang beku.Meskipun begitu,kita boleh mempelajari lebih banyak lagi tentang
Marikh daripada tukup-tukup ais ini sekiranya kita berada di sana.Mungkin kita
temui galian yang menarik,atau jirim yang membolehkan kita memahami keadaan
Marikh berjuta-juta tahun dahulu.
Bulan-bulan Marikh-petunjuk kepada hidupan di
bumi?
Permukaan Phobos dan Deimos tidak serupa dengan permukaan Marikh.Permukaan
marikh kemerah-merahan,permukaan Phobos dan Deimos pula gelap.Ini munkin kerana
satelit-satelit ini dahulunya adalah astroid.Terdapat meteorit berwarna gelap
tertentu yang kadangkala mendarat di bumi.Meteorit sebegini mengandungi sejumlah
kecil air dan sebatianh mengandungi karbon yang seakan-akan dengan apa yang
terdapat dalam benda-benda hidup.Mungkin lebih menarik menkaji permukaan dua
satelit itu daripada permukaan Marikh.tidakkah ini membantu kita menentukan
bagaimana hidupan bermula di bumi?kita hanya boleh mengetahui jika pergi ke sana.
Planet Merah dan biru?
Banyak lagi perkara yang lebih menarik mungkin boleh terjadi di Marikh.Peneroka
awal di Marikh mungkin boleh melakukan pelabagai perkara untuk menjadikan planet
ini lebih mirip seperti Bumi.Ini disebut pembumian.Mungkin bekalan air yang
banyak boleh dibawa dari astroid.Jika gas yang betul ditambah pada
atmosferanya,Marikh boleh memerangkap cahaya Matahari dan menjadi bertambah
panas.Dengan demikian air tidak boleh beku,sebaliknya akan membentuk
lautan.Oksigen yang cukup mungkin boleh di tambah agar hidupan boleh
bernafas.Oleh itu banyak tumbuhan dan haiwan boleh dibawa ke Marikh.
Melaksanakan semua perkara ini mungkin mermerlukan masa
bertahun-tahun,tetapi manalah tahu pada suatu masa nanti Marikh boleh jadi Bumi
kecil!
TAMAT
The entire contents of this website is the Copyright© of aryff 1999-2004. All Rights Reserved