MISTERI MARIKH
Mari kita tinggalkan
Bumi, membelakang Matahari.Marikh
adalah planet pertama yang akan kita temui. Apakah yang kita tahu tentang jiran
kita,
MARIKH? Banyak yang sudah
kita ketahui, tetapi Marikh juga adalah sebuah planet misteri.Kita tahu bahawa
Marikh
lebih kecil daripada Bumi. Marikh cuma setengah daripada lebar Bumi , dan
mempunyai hanya satu persepuluh daripada jirim Bumi. Namun. Marikh beredar, atau
berputar, sekali
dalam 24 1/2 jam. Paksinya condong, dengan itu ia menpunyai musim seperti
Bumi.Marikh lebih sejuk, kerana kedududkannya lebih jauh dari
Matahari.Kutub-kutub
Marikh ditutupi ais . Di antara kesemua planet dalam sistem Suria kita, Marikh
adalah yang paling mirip Bumi.Dengan itu pastilah kita tertanya-tanya
mungkinkah asa makhluk yang hidup di Marikh. Jika ada, bagaimana pula rupa
mereka?
Pada suatu masa, ini adalah suatu misteri yang besar.
DUNIA GURUN
Penduduk marikh!
Pada suatu ketika dahulu manusia benar-benar percaya bahawa Marikh mempunyai
makhluk yang bijak sehinggakan pelbagai cara difikirkan untuk mengirim pesanan
kepada mereka.Seorang ahli sains mencadang agar mengali lubang-lubang besar
berbentuk segitiga dan segiempat di siberia.Lubang-lubang itu kemudiannya boleh
diisi minyak dan di nyalakan pada waktu malam.Penduduk Marikh mungkin dapat
melihat melalui teleskop mereka dan merancang sesuatu untuk dapat kita lihat
pula. Malahan diakhir tahun 1938,Orson Welles,seorang pelakon mempersembahkan
drama radio yang kononnya makhluk Marikh sedang menceroboh New Jersey.Dia telah
menakutkan beratus-ratus orang
Marikh,seakan-akan bulan?
Bertahun-tahun lamanya manusia memikirkan tentang kemungkinan peluang hidup
di Marikh.Akhirnya,apabila ahli sains berjaya mempelajari cara manghantar roket
ke Marikh,jelaslah bahawa kita akan mendapat jawapannya.Pada tahun
1964,Meriner4,alat duga (prod) Marikh,dihantar ke Marikh.Dalam bulan
Julai,1965,prod ini lalu kira-kira 9,600km(6,000batu) dari planet ini,dan
mengambil 19 gambarfoto jarak yang kemudian dipancarkan ke bumi.Gambarfoto ini
menunjukkan kawah di Marikh sama seperti di bulan.Atmosfera Marikh didapati
hanya 1/100 daripada ketebalan atmosfera bumi,dan tiada sebarang tanda
terusan.Marikh kelihatan seolah-olah sebuah dunia yang mati.
[page1] [page2] [page3] [next page]
The entire contents of this website is the Copyright© of aryff 1999-2004. All Rights Reserved