Anda dan keluarga telah berpindah ke tempat lain.Tulis sepucuk surat kepada kawan anda untuk menceritakan keadaan tempat baharu itu. |
PENDAHULUAN:
Alamat pengirim,tarikh,pembuka kata dan ganti nama penerima ISI-ISI:
Nyatakan tujuan surat - memberitahu telah berpindah rumah - 40km dari bandar Kuching Berpindah kerana ayah telah pencen - membeli tanah - mendirikan rumah Tempat baharu agak sukar menyesuaikan diri - berbilang kaum - jiran baik Depan rumah ada jalan raya - ayah mendirikan gerai - menjual buah-buahan PENUTUP:
|
Kampung Tambunan, 93200 Kuching.
8 April 1998
Ke hadapan sahabatku Nizam,yang tinggal di bandar Dungun,dengan selmatnya.
Saudara,
Sudah lama saya tidak dengar khabar
daripada saudara.Mungkin sardara sibuk,maklumlah peperiksaan pun kian hampir.
Saya berdoa semoga saudara berjaya degan
cemerlang dalam peperiksaan itu nanti.
Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk
memberitahu saudara bahawa saya telah berpindah ke tempat baharu.Tempat
ini terletak kira-kira 40 kilometer dari
bandar kuching.
Kami terpaksa berpindah kerana ayah saya sudah pun pencen dan kami tidak lagi menduduki
rumah kerajaan.Dengan
wang ganjarn,ayah saya membeli sebidang tanah
dan di atas tanah itu ayah mendirikan sebuah rumah.
Terdapat lima puluh keluarga di tempat baharu ini.Pada mulanya,agak sukar untuk
kami menyesuaikan diri dengan keadaan
di tempat baharu itu.Tambahan
pula,jiran-jiran kami terdiri daripada berbilang kaum.Namun hal itu dapat kami
atasi.Rupa-Rupanya
mereka jiran yang baik dan mudah mesra.
Kami bernasib baik kerana di hadapan rumah kami terdapat sebatang jalan raya.Di
tepi jalan itu ayah saya mendirikan sebuah
gerai.Kami menjual pelbagai jenis
buah-buahan.Kadang-kadang saya membantu ayah menjual buah-buahan itu.
Saya berharap saudara membalas surat saya.Tentu banyak berita yang dapat
saudara ceritakan.Saya menantikan ketibaan
warkah saudara.
Akhir kata,sambutlah salam'mesra daripada saya.
Sahabatmu
sulaimanali
The entire contents of this website is the Copyright© of aryff 1999-2001. All Rights Reserved.Tidak boleh mengambil sebarang benda yg terdapat di website ini kecuali ada kebenaran |