
| Sebuah kilang padi di kampung anda menimbulkan banyak masalah kepada penduduk kampung.Bunyi biding dan pencemaran telah menyebabkan penduduk sekitar hidup dalam kegelisahan.Tulis surat kepada pihak berkenaan mengadu hal berkenaan. | 
| PENDAHULUAN: Alamat pengirim,alamat penerima,tarikh dan panggilan penerima Tajuk surat ISI-ISI:
         Kilang didirikan kira-kira empat tahun yang lalu - disambut baik oleh penduduk - tetapi kini menimbulkan masalah Masalah yang timbul - bunyi bising jentera - pencemaran oleh asap dan debu - bahan buangan dari kilang - mencemarkan sungai - kanak-kanak bermandi-manda di sungai mendapat penyakit kulit PENUTUP:
         Ucapan terima
        kasih,tandatangan dan nama serta jawatan
         | 
Kampung Padang Pak Amat,
Pasir Puteh,
16800 KELANTAN.
Tuan
Pengarah,
Jabatan Alam Sekitar,
Tingkat
2,Bangunan Pejabat-pejabat Kerajaan,
Jalan
Pegawai,
1500 KOTA BHARU                                                                                                                                              
19 JUN 1998
Tuan,
Masalah Pencemaran Dari Kilang Padi
Saya,selaku penghulu Kampung Pandan Pak Amat,ingin mengadu tentang pencemaran yang berpunca daripada kilang padi kampung kami.
2. Kilang padi itu didirikan kira-kira empat tahun yang lalu.Pembinaan kilang itu disambut dengan penuh kesyukuran oleh kerana penduduk kampung.Namun sejak kebelakangan ini,kilang tersebut mula menimbulkan banyak masalah.
3. Bunyi bising jentera dari kilang itu mengganggu ketenteraman kampung kami.Akan tetapi,masalah yang lebih berat lagi ialah masalah pencemaran.Kilang padi tersebut mengeluarkan asap dan habuk yang berterbangan ditiup angin dan memasuki rumah-rumah.
4. Selain itu,bahan buangan daripada kilang tersebut dialirkan sewenang-wenangnya kedalam sungai,menyebabkan sungai tersebut tercemar.Kanak-kanak suka bermandi-manda dan menangkap ikan di sungai itu.Oleh itu,mereka dijangkiti penyakit kulit dan gatal-gatal.Jika keadaan ini berterusan,kami bimbang kesihatan penduduk kampung akan terjejas.
5. Oleh itu,kami berharap pihak tuan akan menghantar pegawai untuk melihat keadaan disini,dan seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya demi kebaikan penduduk kampung kami.
Sekian, terima kasih
Yang benar,
Daud
(DAUD
BIN MAT AKIL)
Penghulu Kampung Padang Pak Mat.
| The entire contents of this website is the Copyright© of aryff 1999-2001. All Rights Reserved.Tidak boleh mengambil sebarang benda yg terdapat di website ini kecuali ada kebenaran |