Marikh-mengelirukan
profesional
Mengapakah Percival Lowell nampak terusan di Marikh sedangkan sebenarnya tiada
yang wujud?Dia adalah ahli astronomi yang bagus dan mempunyai teleskop yang
terbaik.Dia meneropong dari kawasan tanah tinggi di Arizona yang ruang
angkasanya sangat terang.Besar kemungkinan dia tidak dapat melihat tompok-tompok
hitam di marikh itu dengan cukup jelas.Matanya tidak dapat meneka dengan tepat
apa yang terlihat adalah seperti garis-garis lurus.Satu eksperimen melihat
bulatan-bulatan jauh dengan tompok hitam pernah dilakukan kepada
kanak-kanak.Kanak-kanak itu melaporkan mereka melihat garis lurus.Inilah yang
dinamakan ilusi optik.
Mungkin ini yang mengelirukan Lowell.
Marikh Ditinjau Lagi
Pada tahun 1976, dua prod,Viking1 dan Viking 2 dihantar ke Marikh.Prob-prob ini
bukan hanya dihantar untuk mengorbit planet itu,tetapi telah pendarat di
permukaan Marikh dengan jayanya.Sewaktu melintasi atmosfera Marikh,prob-prob itu
menganalisisnya.Atmosfera Marikh mengandungi kira-kira 95 peratus karbon
dioksida,yang kebanyakkannya adalah gas nitrogen dan argon.Ini bermakna
atmosfera Marikh hampir tidak beroksigen.Permukaan Marikh adalah sesejuk
Antartika atau lebih sejuk lagi.Sekiranya ada air di Marikh sudah pastilah air
itu beku.
Tanda aneh yang lain
Prod-prod Marikh telah menemui tanda-tanda aneh di Marikh.Tanda-tanda ini
kelihatan seperti terusan sungai yang sudah kering.Tanda-tanda itu berliku-liku
merintangi permukaan Marikh.Terusan kecil mengalir ke terusan yang lebih besar
sama seperti sungai kecil mengalir ke sungai yang lebih besar di bumi.Ini
menunjukkan pada suatu masa dahulu,Marikh mungkin mempunyai cecair air yang
membentuk sungai dan mungkin juga,tasik.Dengan itu apakah yang telah berlaku
pada air di situ? Adakah semuanya sudah beku di dalam tanah? Dan sekiranya
Marikh pernah mempunyai air dan sungai, adakah atmosferanya tebal dan mungkinkah
ada hidupan di Marikh pada masa dahulu kala? Setakat ini,kita belum tahu lagi.
Pendaratan percubaan Viking:Pengelas kaki dihadapan model ini terletak di
atas batu,sama seperti pendarat sebenar di Marikh.Akibatnya,kamera di dalam
pendaratan menunjukkan horizon Marikh condong.Sebenarnya ia adalah yang hampir
rata
Mencari Hidupan
Slain mengambil gambar permukaan Marikh, prod Viking yang membawa pelbagai alat
pengujian ini juga menguji tanah Marikh.Sekiranya tanah itu mengandungi hidupan
halus,ujian akan menunjuk perubahan kimia.Prod-prod ini mencedok tanah dan
menguji dalam tiga cara berlainan untuk melihat sekiranya ada perubahan dalam
ujian kimia. Walaupun ada perubahan yang berlaku tetapi tidak dapat dipastikan
itu adalah kesan hidupan.Namun demikian tiada kesan yang mengesahkan tanah di
situ mengandungi karbon.Karbon amat penting pada hidupan seperti yang ada di
Bumi kita.Permukaan Marikh mungkin lebih menarik daripada bulan kita.Tetapi
Marikh mungkin tetap sebuah dunia yang mati.
Bulan Marikh
Marikh mempunyai dua satelit atau bulan kecil,yang dinamakan Phobos dan Diemos.
satelit-satelit ini tidak bulat seperti bulan kita.Phobos dan Deimos mungkin
satelit yang di tawan ketika melintasi Marikh dan ditarik ke dalam orbit oleh
medan graviti Marikh.Dari Bumi,satelit-satelit ini kelihatan seperti dua titik
cahaya yang malap,tetapi gambar-gambar yang diambil oleh prob menunjukkan
satelit itu dengan lebih jelas lagi.Phobos dan Deimos berbentuk seperti ubi
kentang dan dipenuhi dengan kawah.Phobos adalah 27km (17batu) lebar,diukur
menurut jarak yang terpanjang.Deimos hanya 16km(10 batu) lebar.Disebabkan saiz
yang kecil dan kedudukannya yang terlalu dekat dengan Marikh,satelit-satelit
kecil ini tidak ditemui hinggalah pada tahun 1877.Ini setelah sekian lama
satelit Mustari dan Zuhal yang berada lebih jauh tetapi lebih besar ditemui.
Segengam Tanah Marikh
Planet Marikh lebih jauh daripada bulan dan lebih sukar untuk sampai ke
sana,tetapi ahli-ahli sains merangcang prod-prod yang lebih canggih lagi.Russia
dan Amerika Syarikat merangcang untuk menghantar prod-prod ke marikh dan phobos
termasuk kemugkinan perutusan usahawan Russia dan Amerika Syarikat yang akan
mendarat dan menurunkan kereta automatik seperti yang digunakan di Bulan.kereta
itu boleh menjelajah berbatu-batu menyeberangi permukaan Marikh dan mengkaji
permukaan sambil berjalan.Prod lain munkin bolah menggali dan menguji tanahdi
bawah lapisan permukaan planet itu.Lebih menarik lagi ialah ahli sains sedang
mencipta prod yang diharapkan boleh mengumpul contoh tanah dan kemudian
manghantarnya balik ke bumi.Tanah yang demikian boleh diuji dengan terperinci di
planet kita sendiri
[page1] [page2] [page3] [next page] [home]
The entire contents of this website is the Copyright© of aryff 1999-2004. All Rights Reserved